Saturday 7 July 2012

Jom Niaga Affiliate: Cara-cara Promosi Link anda di Blog dan Website

Bagaimana kita mahu mempromosikan link unik kita di Blog ataupun Website?


Jawapannya mudah sahaja...


Apa jawapannya!!!!!!


Kita mesti kena ada blog dan website sendiri.


Pertama sekali anda mesti mendaftar sebagai blogger tidak kira lah daripada platform blogspot, wordpress, weebly dan sebagainya. Apa yang penting ada akaun blog. Sebagaimana contoh dibawah saya menggunakan platform blogspot..



Apabila dah daftar blogspot kita dah ada satu akaun blog , apa yang perlu kita buat adalah menulis artikel mengenai sistem affiliate ini. Mulakan penulisan di Microsoft Word dahulu. Tulis seberapa banyak yang anda boleh tulis, pastikan artikel yang ditulis berkaitan dengan sistem affiliate. Minimum mestilah dalam 5 artikel. Jika anda tiada idea untuk menulis artikel, anda boleh download PLR artikel daripada internet dengan percuma boleh digunakan terus tanpa kita ubah isi kandungan. Jika anda mahukan artikel itu menjadi unik anda boleh menggunakan khidmat "FREE SPIN ARTICLE" di internet yang disediakan secara percuma.


Selesai download anda boleh "post" artikel anda di blog.


Selesai saja anda "post"kan artikel anda ,sekarang mula masanya untuk mempromosi sistem affiliate anda. Sebelum itu jangan lupa letakkan link unik anda di setiap "post" yang anda lakukan. Mula-mula sekali anda kena pasang banner ads yang disediakan oleh merchant affiliate anda di dashboard akaun affiliate anda. Banner ini mempunyai link unik anda di dalam kod yang diberi.


Untuk pasang banner ini anda dikehendaki menyalin kod yang diberi dan di letak di bahagian header, sidebar dan di tengah2 "post" artikel anda. Cara pemasangan cukup mudah anda perlu tambahkan widget anda di sidebar. Cara pasang widget seperti ini..


Anda klik di "add a gadget" anda pilih html/javascripts dan paste kan di situ di bahagian sidebar, sama juga seperti header lakukan sedemikian rupa. Selesai meletakkan banner ads di Blog anda ..Kongsikan Artikel anda di laman sosial seperti facebook caranya begini....


anda perlu menekan butang google +1,butang FB dan Butang twitter anda. Hal ini kerana artikel anda akan dihantar ke semua page dalam FB,twitter dan Google Reader....supaya orang ramai tahu kehadiran blog anda dan mereka akan membaca artikel anda seterusnya klik link unik anda, sekiranya mereka berminat mereka akan membuat pembelian dan anda akan dapat komisyen...Mudah bukan mempromosi link affiliate anda...

Di website pula ada perbezaan sedikit kerana website yang kita namakan "moneysite" ini..Kenapa kita gelarkan begitu kerana website sebegini tidak perlu artikel yang di update setiap hari..Post di website sebegini lebih evergreen yang dimaksudkan sekali post artikel itu masih releven selama-lamanya. Dalam website ini hanya link affiliate sahaja yang diletak tidak ada sebarang iklan lain selain program affiliate anda. 

Sampai disini sahaja yang saya mahu katakan jumpa di lain post

sekian terima kasih kerana membaca...









1 comment:

  1. salam..link tu kita copy url website yg kita promote tu ke?contohnya www.bolastore.com/my/ ...mcm tu ke? atau kena guna cara lain? please explain..thanx

    ReplyDelete