Thursday 5 July 2012

Jom Niaga Affiliate : Apa itu affiliate?

APA ITU PROGRAM AFFILIATE?


Program affiliate adalah kita sebagai orang tengah yang akan mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan mendapat komisyen daripada setiap pembelian produk tersebut melalui link affiliate tersebut.






Keterangan lebih ringkas:


Affiliate Marketing iaitu agen atau orang tengah.


Affiliate Manager iaitu pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.


Link Affiliate iaitu satu link unik bagi setiap agen . Tujuan link ini adalah untuk agen mudah mempromosikan produk affiliate ini di laman web atau di blog mereka.


salah satu contoh yang mana link tersebut seperti 


http://angel.exabytes.com.my/idevaffiliate.php?id=3206533


link unik ini mempunyai id agen tersebut. Id ini adalah untuk memudahkan pemilik affiliate mengesan link agen ini apabila produk dijual.


maksudnya begini ada ramai yang menjadi agen dalam program affiliate ini, bagi memudahkan merchant mengesan jualan yang di lakukan oleh agen maka merchant akan mengesan id agen tersebut bagi melakukan pembayaran komisyen tersebut.


Mungkin ramai yang tidak percaya dengan sistem ini dapat menjana banyak pendapatan.


Bagaimana sistem ini berfungsi:

Anda mendaftar sebagai agen affiliate maka anda diberi satu link affiliate yang unik. Tugas anda adalah mempromosikan link tersebut kepada pengetahuan umum. Jika ada pembeli klik di link anda dan melakukan pembelian maka sistem akan merekod jumlah komisyen daripada setiap pembelian.


Produk yang ditawarkan kepada umum berharga RM50 ringgit dan Merchant menetapkan komisyen setiap pembelian adalah 50% maka komisyen yang agen dapat adalah RM25 . Jika ada ramai yang membeli melalui link unik anda maka anda akan dapat banyak komisyen dari setiap pembeli.


Rahman menjadi agen affiliate ,maka dia membuat promosi melalui link tersebut ada 5 orang yang melakukan pembelian dari link tersebut maka Rahman akan mendapat RM25 x 5 jumlah RM125. Jika satu hari Rahman boleh mendapat 5 pembeli dalam seminggu Rahman dah mendapat komisyen yang lumayan. RM125 x 7 jumlah RM875 . Jika dalam masa sebulan Rahman boleh mengaut keuntungan yang banyak RM875 x 4 jumlah RM3500.


Cukup mudah bukan untuk memahami dengan sistem ini. 


Jadi apa ditunggu lagi terus mendaftar menjadi agen affiliate sekarang:


klik DISINI




No comments:

Post a Comment